DIARI PERISTIWA SEMASA
PROGRAM DELIGASI KEMANUSIAAN CHAMPA-KEMBOJA 2012


RM250.00/ bahagian atau RM1750.00/ ekor
Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
1. Ustaz kamarudin Ibrahim(PPD Segamat): 0136977723
2. Ustaz Amran Abd Shukor(PPD Segamat): 0133682532
3. Ustaz Shahidi Safie(PPD Segamat): 0197234529
4. Tn. Hj. Lot Bujang(SMK Gemereh): 0137702435
5. Ustaz Mohd Harun Salim(SK Desa Temu Jodoh): 0137290127
6. Ustaz Suhaimi Haron(SMK Seri Kenangan): 0197278589
PENDIDIKAN RASUL DALAM ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
PENGENALAN
Umat Islam merupakan satu umat yang sangat mementingkan persaudaraan di
kalangan ahlinya. Banyak amalan-amalan yang disyariatkan dalam ajaran Islam
menjurus kepada syiar Islam yang melambangkan persuadaraan Islam. Kelahiran
bayi dianjurkan dengan aqiqah supaya kegembiraan dikongsi bersama dengan umat
Islam yang lainnya. Amalan solat berjemaah dengan adab-adab solatnya dilakukan
dengan lurus dan rapat dan tidak mengambil kira pangkat dan darjat.
Ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, kerabat dan umat Islam. Begitu juga di
saat-saat yang paling genting di kalangan umat Islam iaitu ketika di dalam
sakit yang ringan atau berat atau sakit yang boleh membawa maut, umat Islam
sangat menekankan syiar persaudaraan Islam.
Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam
dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang
sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi
(al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasa’i, t.t.: 1913; Ahmad,
1994: 17900):
عَنْ الْبَرَاءِ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا
النَّبِيّ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ
أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ
الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ
وَإِجَابَةِ الدَّاعِي
Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah
memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara.
Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah,
menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang dizalimi,
menyebarkan salam dan memenuhi undangan.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Semua perkara di atas dianggap wajib fardu kifayah untuk umat
Islam melakukannya dan kita dapati semuanya menjurus kepada persaudaraan Islam.
Bagi mendidik umatnya kepada amalan menziarahi orang sakit, Allah S.W.T. dan
Rasulnya memberikan berbagai keistimewaan untuk golongan yang suka menziarahi
orang yang sakit ini.
KEISTIMEWAAN MENZIARAHI ORANG SAKIT
Menziarahi orang yang sedang sakit salah satu tuntutan persaudaraan. Apatahlagi
yang sakit itu merupakan ibu bapa, kaum kerabat dan ipar duai. Syiar Islam
dalam amalan menziarahi orang sakit ini amat dihargai oleh Allah S.W.T. dan
Rasul-Nya s.a.w. sebagai termaktub di dalam hadis-hadis agar umat Islam boleh
terdidik diri dengan amalan ini. Antara keistimewaan yang diperolehi oleh
seseorang jika mereka mendidik diri mereka dengan amalan menziarahi orang saki
ialah:
Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.
Dalam satu hadith menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini
seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda
(Muslim, 2001: 4661),
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا
ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ
رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ
تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ
Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak
Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba,
“Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan
Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang
bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau
menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.”(Muslim)
Maksud hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit
seolah-olah dia menziarahi Allah yang sedang sakit walaupun pada hakikatnya
Allah S.W.T. terkaya daripada terkena sakit.
Pahala Syurga dan Kebun-Kebunnya yang Subur
Orang yang terdidik dengan amalan ziarah orang sakit ini diberikan ganjaran
yang besar di sisi Allah S.W.T. iaitu seolah-olah dia sedang mengumpulkan hasil
kebun syurganya selama dia di samping orang sakit yang diziarahinya. Rasulullah
s.a.w. bersabda (Riwayat Muslim, 2001: 4658; Ahmad, 1994: 21355),
عَنْ ثَوْبَانَ
مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ مَنْ عَادَ
مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia
dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”
(Muslim)
Hadis ini membawa maksud bahawa menziarahi orang sakit
seolah-olah sedang sibuk beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia kembali
ke rumahnya semula.
Doa Para Malaikat
Penziarah orang sakit juga boleh mendapat doa dan selawat daripada para
malaikat mengikut waktu mereka datang. Sekiranya seseorang datang menziarahi
orang sakit di waktu pagi, dia akan dapat doa dan selawat daripada pagi hingga
ke petang. Sekiranya dia datang waktu petang, dia akan dapat doa dan selawat
para malaikat pada waktu petang sehingga ke pagi. Apa yang istimewanya bukan
satu atau dua malaikat yang berdoa untuknya tetapi sebanyak 70,000 para
malaikat. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya (Abu Dawud,
1994: 2694; Riwayat al-Tirmidhi, 1994: 891; Ahmad, 1994: 928),
عَنْ عَلِيٍّ
قَالَ مَا مِنْ رَجُلٍ يَعُودُ مَرِيضًا مُمْسِيًا إِلَّا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ
أَلْفَ مَلَكٍ يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي
الْجَنَّةِ وَمَنْ أَتَاهُ مُصْبِحًا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ
يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى يُمْسِيَ وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: Ali berkata; tidaklah seorang laki-laki menjenguk orang
yang saki pada petang hari melainkan akan keluar tujuh puluh ribu malaikat yang
memintakan ampunan untuknya hingga pagi hari, dan baginya kebun di Syurga. Dan
barang siapa yang mendatanginya pada pagi hari, maka keluarg bersamanya tujuh
puluh ribu malaikat yang memohonkan ampunan baginya hingga petang hari, dan
baginya kebun di Syurga.
(Abu Dawud, al-Tirmidhi, dan Ahmad)
Begitulah beruntungnya orang yang terdidik dengan amalan
menziarahi orang sakit. Dengan menjaga hubungan silaturrahim melalui amalan
ziarah bermacam-macam ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. untuk mereka yang
boleh disebutkan di sini. Di dalam kitab-kitab hadis masih terdapat
bermacam-macam lagi ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w.
ADAB DAN AMALAN KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT
Mendidik diri dengan adab-adab dan amalan ketika menziarahi orang yang sakit
merupakan satu didikan yang dianjur dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan
sahabat-sahabatnya. Antara adab dan amalan menziarahi orang sakit ialah
bertanya khabar kesihatan kepada keluarga orang yang sakit memberi motivasi
kepada si sakit, sentuhan dan pertanyaan, ucapan cepat sembuh, ucapan sakit
sebagai penebus dosa, dan mendidik diri menggunakan doa rasulullah s.a.w.
ketika sakit
Bertanya Khabar Kesihatan kepada Keluarga Orang yang Sakit
Al-Nawawi (Mustafa al-Khind, 1992: 606/1) menjelaskan bahawa adalah menjadi
sunnah bagi orang berziarah untuk bertanya menanyakan khabar kesihatan kepada
keluarga orang yang sakit. Amalan ini sebagaimana yang dilakukan oleh para
sahabat ketika mereka menziarahi Rasulullah s.a.w. yang sedang sakit sehingga
membawa kepada kewafatannya. Satu hadis menjelaskan (Al-Bukhari, 1994: 4092;
Ahmad, 1994: 2254),
أَنَّ عَلِيَّ
بْنَ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَرَجَ مِنْ عِنْدِ رَسُولِ اللَّهِ فِي وَجَعِهِ الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ فَقَالَ النَّاسُ يَا أَبَا
حَسَنٍ كَيْفَ أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ أَصْبَحَ بِحَمْدِ اللَّهِ بَارِئًا
Maksud: “Daripada Ali r.a. bahawa dia keluar daripada bilik
Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sakit yang membawa kepada kewafatan
Baginda. Lalu semua orang bertanya wahai Abu Hasan bagaimana keadaan Rasulullah
s.a.w. pagi ini Ali menjawab, “Dengan segala pujian bagi Allah SWT., Baginda
pagi ini beransur pulih.”
(Al-Bukhari)
Menyatakan khabar gembira dan perkataan yang baik kepada para tetamu yang mengunjungi
orang yang sedang sakit adalah dituntut sebagaimana yang dinyatakan dalam
perbuatan ‘Ali di atas.
Memberi Motivasi kepada Si Sakit
Orang yang menziarahi orang sakit digalakkan mengikut cara baginda yang
selalunya memberikan motivasi kepada orang sakit dengan kata-kata baginda.
Antara motivasi yang boleh diberikan ialah,
Sentuhan dan Pertanyaan
Al-Nawawi (2000: 279) menjelaskan bahawa adalah baik bagi orang berziarah
memberikan sedikit sentuhan kepada tangannya atau menyetuh tangannya kepada
dahinya sambil bertanyakan khabar. Tindakan ini sebagaimana yang diajarkan
Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis yang menjelaskan (Riwayat al-Tirmidhi, 1994:
2655; Ahmad, 1994: 21207):
عَنْ أَبِي
أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تَمَامُ عِيَادَةِ الْمَرِيضِ أَنْ يَضَعَ أَحَدُكُمْ يَدَهُ
عَلَى جَبْهَتِهِ أَوْ قَالَ عَلَى يَدِهِ فَيَسْأَلُهُ كَيْفَ
هُوَ
Maksud: “Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Kesempurnaan ziarah pesakit, iaitu hendaklah seseorang kamu
meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan
keadaanya, bagaimana dia?.”
(Al-Tirmidhi dan Ahmad)
Sentuhan yang lembut dan bertanyakan khabar orang menziarah
kepada yang diziarahi sangat dituntut berdasarkan hadis ini.
Ucapan Cepat Sembuh
Hal ini sebagaimana pengajaran Rasulullah terhadap seorang Badwi yang mengadu
sakit kepada baginda (Al-Bukhari, 1994: 3347)
عَنْ ابْنِ
عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ قَالَ وَكَانَ النَّبِيُّ إِذَا دَخَلَ عَلَى مَرِيضٍ يَعُودُهُ قَالَ لَا بَأْسَ طَهُورٌ
إِنْ شَاءَ اللَّهُ فَقَالَ لَهُ لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksud: “Ibn ‘Abbas r.huma. bahawa Nabi s.a.w. masuk kepada
seorang arab badwi kerana menziarahinya sakit. Ketika nabi masuk kepada orang
sakit itu baginda barkata, “Sikit sahaja ni, dan akan sembuh insyaallah. Sikit
sahaja ni, dan akan sembuh insyaallah. (Al-Bukhari)
Mendoakan orang yang sedang sakit ketika berziarahi sebagaimana
hadis juga merupakan tuntutan ketika berziarah.
Ucapan Sakit sebagai Penebus Dosa
Ini sebagai motivasi Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis yang berbunyi (Ahmad,
1994: 13125),
عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ وَهُوَ مَحْمُومٌ فَقَالَ
كَفَّارَةٌ وَطَهُورٌ
Maksud: ”Daripada Anas b. Malik bahawa Rasulullah s.a.w. masuk
menziarahi seorang arab badwi yang sakit demam dan baginda memberikan motivasi
kepadanya bahawa (sakitnya itu) merupakan kaffarah dan penyucian (terhadap
dosa-dosanya). (Ahmad)
Berdasarkan hadis ini, boleh juga orang yang menziarahi memberi
ingatan kepada si sakit yang diziarahi bahawa kesakitan merupakan penebusan
dosa.
Mendidik Diri Menggunakan Doa Rasulullah s.a.w.
Ketika Sakit Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya dengan amalan-amalan doa bagi
mendoakan orang yang sakit ketika berziarah. Antara doa-doa baginda ialah,
Doa 1: Doa Sakit yang Umum
Doa yang digunakan untuk menyembuhkan sakit yang pelbagai sakit seperti luka
dan sebagainya. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan
(al-Bukhari, 1994: 5304; Muslim, 2001: 4069; Abu Dawud, 1994: 3397; Ibn Majah,
t.t.: 3512; Ahmad, 1994: 23476):
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يَقُولُ
لِلْمَرِيضِ بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى
سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا
Maksud: ‘A’ishah r.a. (berkata) bahawa Nabi s.a.w. tatkala
berdoa untuk orang sakit (membaca doa ini):
بِسْمِ اللَّهِ
تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا
(Doa ini membawa maksud): “Dengan nama Allah ini adalah tanah
buml kami dengan campuran ludah sebahagian daripada kami supaya dibaikkan
kesakitan di kalangan kami dengan keizinan Tuhan kami.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
Doa 2: Doa Sakit yang Umum
Terdapat juga doa untuk kesembuhan bagi orang yang sakit yang tidak dikhususkan
kepada sesuatu sakit. Hal ini berdasarkan pengajaran Rasulullah (Bukhari, 1994:
5343; Muslim, 2001: 4062; Ibn Majah, t.t.: 1608; Ahmad, 1994: 23094),
عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كَانَ إِذَا
عَادَ مَرِيضًا يَقُولُ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِهِ أَنْتَ
الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا
يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksud: Daripada ‘Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w. ketika
menziarahi sesetengah ahli keluarganya (yang sakit) Baginda mengusap
menggunakan tangannya yang kanan dan berdoa:
(Ya Allah! Tuhan pentadbir manusia, hilangkan kesukaran,
sembuhkanlahnya kerana Engkau sahaja yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan
melain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang akan meninggalkan kesakitan)”. (Al-Bukhari dan Muslim)
Doa 3: Doa Sakit yang Umum
Doa ini ada diajarkan oleh Rasulullah kepada Saad sebagai hadis ini (Muslim,
2001: 3097, 1994: 1363),
عَنْ سَعْدٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ دَخَلَ عَلَيْهِ يَعُودُهُ
وَهُوَ مَرِيضٌ وَهُوَ بِمَكَّةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ خَشِيتُ أَنْ
أَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرْتُ مِنْهَا كَمَا مَاتَ سَعْدُ ابْنُ خَوْلَةَ
فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَشْفِيَنِي قَالَ اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ
اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
Maksud: Sa’ad, bahwa Rasulullah s.a.w. datang menjenguknya
ketika dia sedang sakit di Makkah. Kemudian dia berkata; “Wahai Rasulullah, aku
khawatir meninggal dunia di bumi yang telah aku tinggalkan, sebagaimana Sa’d
bin Khaulah meninggal dunia. Maka Berdo’alah kepada Allah supaya menyembuhkan
aku.” Beliau meminta: ” Maka Nabi s.a.w. berdo’a: ‘Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.
Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.’ – tiga kali-. (Muslim)
Doa 4: Doa Sakit di Tempat-Tempat Khusus di Badan
Orang yang menziarahi orang yang sakit yang mana sakitnya adalah sakit di
tempat-tempat khusus dibadannya. Eloklah diajarkan kepada si pesakit dengan doa
ini. Doa ini dibacakan ditempat-tempat sakit yang tertentu seperti di
sendi-sendi, kaki, belakang, betis atau di mana tempat yang sakit ini sebagai
hadis yang menjelaskan caranya (Muslim, 2001: 4082),
عَنْ عُثْمَانَ
بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ
رَسُولُ اللَّهِ ضَعْ يَدَكَ
عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ
سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
وَأُحَاذِرُ
Maksud: “Daripada Uthman b. Abu al-As al-Thaqafi, bahawa sekali
dia pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesakitan yang dihadapi pada tubuh badannya sejak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Letakkan tanganmu ditempat yang kamu sakit pada tubuhmu dan bacalah bismillah tiga kali. Kemudian bacalah tujuh kali doa,
أَعُوذُ بِاللَّهِ
وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
(aku berlindung kepada Allah S.W.T. dan kudrat-Nya daripada
apa-apa keburukan yang aku perolehi dan aku takuti.)”. (Muslim)
Doa 5: Doa Kerana Sihir atau Buatan Orang
Rasulullah s.a.w. didoakan Jibril dengan doa bagi sakit akibat daripada
perbuatan sihir atau buatan orang (Muslim, 2001: 4056; Ibn Majah, t.t.: 3514;
Ahmad, 1994: 9381).
عَنْ أَبِي
سَعِيدٍ أَنَّ جِبْرَائِيلَ أَتَى النَّبِيَّ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اشْتَكَيْتَ قَالَ نَعَمْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ
أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ أَوْ
حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Maksud: “Daripada Abu Said bahawa Jibril datang kepada Nabi
s.a.w. dan berkata, “Wahai Muhammad adakah kamu sakit.” Baginda, “Benar.” Lalu
Jibril pun berdoa untuk Rasulullah s.a.w.:
بِسْمِ اللَّهِ
أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ أَوْ
حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
(Dengan nama Allah, aku menawarmu daripada segala yang
menyakitkan dirimu, dan daripada segala diri dan mata yang bersifat hasad.
Allah akan menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku menawarmu).” (Muslim)
Segala doa-doa ini amat baik diamalkan ketika menziarahi orang yang sedang
sakit. Di samping dapat menyembuhkan, pengamalnya juga mendapat pahala yang
besar kerana mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam berubat.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ruangan Muat turun
- Panduan Lengkap Haji & Umrah
- Panduan Buat Blog Sendiri
- Kamus Maurid
- Mu'jam Al-Wasith
- KKamus Al-Munajjad
- Mu'jam Al-Quran
- Buku belajar Bahasa Arab
- PANDUAN & Tutorial Photoshop
- Panduan bina blog dengan Blogger.com
- Panduan membina blog
- Doa para nabi
- Dosa besar mencela sahabat
- Mandi hadas
- Hadith 40
- Jual Beli yang dilarang
- PLUGIN Al-Quran for Microsoft word
- Sejarah Rasulullah SAW
- Sejarah Abu Bakar Assidiq
- Sejarah Umar Alkhattab
- Sejarah Uthman Affan
- Al-Ma'thurat
- Kimia Kebahagiaan - Imam Ghazali
- 40 Hadith akhir zaman
- Stories Of The Prophets
- Meraih husnul khatimah
- La Tahzan
- Menjadi wanita paling bahagia
- 100 Pesan Nabi untuk wanita solehah
- Jihad Seorang Wanita
- Pendidikan Anak Dalam Islam
- Tafsir Mimpi
- Buku panduan Tayammum, Wudhuk & Solat Ketika Sakit
- Buku La Tahzan
- Kisah-kisah tentang Kaabah
- Terjemahan Matan Al-Ajrumiyah
- Belajar Qawaid Bahasa Arab
- Tutorial Bahasa Arab
- Novel Ayat-ayat Cinta
- Belajar Bahasa Arab Portable
- Risalah Ramadhan
- Koleksi Flash Islam
- QURAN TAFSEER
- Bahasa Arab Harian
- USB Disk Eject
- Hukum Tajwid
- Hadith Web 3.0
Blog Akademik
· Kamus Inggeris - Melayu
- Kamus Istilah
- Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
- Kamus Komputer
- Kamus Pelajar
- Laman Sastera Dan Budaya Warisan
- Panduan Bahasa
- Peribahasa Sekolah Menengah
- Tesaurus Umum Bahasa Melayu
- Guru BI - Cikgu Caleb Ho
- Guru BM - Cikgu A Ghalib Yunus (Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Abdul Razak Hassan
- Guru BM - Cikgu Amin Minhad
- Guru BM - Cikgu Azhar Salleh ( Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Azman
- Guru BM - Cikgu Jeffri
- Guru BM - Cikgu Liz
- Guru BM - Cikgu Maya
- Guru BM - Cikgu Minda Bahasa
- Guru BM - Cikgu Mohd Isa Abdul Razak
- Guru BM - Cikgu Mohd Khir Kassim
- Guru BM - Cikgu Musri Kadir
- Guru BM - Cikgu Zaki
- Guru BM - Dr. Ghazali Lateh
- Guru BM - Prof Abdullah
- Guru Fizik - Cikgu Denan
- Guru Matematik - Cikgu Rosmah
- Guru Sejarah - Cikgu Zamri Talib
- Blog BM - Cikgu Tan C L
- Blog Sejarah – Cikgu Adi'es
Koleksi Soalan UPSR
Kalendar Islam

Soalan Sains UPSR
Kata-Kata Hikmah
"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian". Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian‟ ~Osman Affan
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
Carian Post Hosting
Hiperangkai Agensi
Percambahan Minda Pelawat
Universiti Sains Malaysia
0 komen:
Catat Ulasan