DIARI PERISTIWA SEMASA
PROGRAM DELIGASI KEMANUSIAAN CHAMPA-KEMBOJA 2012
RM250.00/ bahagian atau RM1750.00/ ekor
Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
1. Ustaz kamarudin Ibrahim(PPD Segamat): 0136977723
2. Ustaz Amran Abd Shukor(PPD Segamat): 0133682532
3. Ustaz Shahidi Safie(PPD Segamat): 0197234529
4. Tn. Hj. Lot Bujang(SMK Gemereh): 0137702435
5. Ustaz Mohd Harun Salim(SK Desa Temu Jodoh): 0137290127
6. Ustaz Suhaimi Haron(SMK Seri Kenangan): 0197278589
Pesan Roh
2:49:00 PG |
Ditulis oleh
Kamarudin Ibrahim |
Edit Catatan
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata:
"Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat
diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai
kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung arahanku".
"Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat
daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari kubur dan duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu
menjawab:
"Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur pada mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
"Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain lalu masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi:
"Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat >terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya".
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat
maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T., maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal
malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.
telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi
dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
Illiyyina.
4. Roh para syuhada
berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan Ramadhan
dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang
berpuasa di hari Arafah.
Labels:
Tazkirah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ruangan Muat turun
- Panduan Lengkap Haji & Umrah
- Panduan Buat Blog Sendiri
- Kamus Maurid
- Mu'jam Al-Wasith
- KKamus Al-Munajjad
- Mu'jam Al-Quran
- Buku belajar Bahasa Arab
- PANDUAN & Tutorial Photoshop
- Panduan bina blog dengan Blogger.com
- Panduan membina blog
- Doa para nabi
- Dosa besar mencela sahabat
- Mandi hadas
- Hadith 40
- Jual Beli yang dilarang
- PLUGIN Al-Quran for Microsoft word
- Sejarah Rasulullah SAW
- Sejarah Abu Bakar Assidiq
- Sejarah Umar Alkhattab
- Sejarah Uthman Affan
- Al-Ma'thurat
- Kimia Kebahagiaan - Imam Ghazali
- 40 Hadith akhir zaman
- Stories Of The Prophets
- Meraih husnul khatimah
- La Tahzan
- Menjadi wanita paling bahagia
- 100 Pesan Nabi untuk wanita solehah
- Jihad Seorang Wanita
- Pendidikan Anak Dalam Islam
- Tafsir Mimpi
- Buku panduan Tayammum, Wudhuk & Solat Ketika Sakit
- Buku La Tahzan
- Kisah-kisah tentang Kaabah
- Terjemahan Matan Al-Ajrumiyah
- Belajar Qawaid Bahasa Arab
- Tutorial Bahasa Arab
- Novel Ayat-ayat Cinta
- Belajar Bahasa Arab Portable
- Risalah Ramadhan
- Koleksi Flash Islam
- QURAN TAFSEER
- Bahasa Arab Harian
- USB Disk Eject
- Hukum Tajwid
- Hadith Web 3.0
Blog Akademik
· Kamus Inggeris - Melayu
- Kamus Istilah
- Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
- Kamus Komputer
- Kamus Pelajar
- Laman Sastera Dan Budaya Warisan
- Panduan Bahasa
- Peribahasa Sekolah Menengah
- Tesaurus Umum Bahasa Melayu
- Guru BI - Cikgu Caleb Ho
- Guru BM - Cikgu A Ghalib Yunus (Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Abdul Razak Hassan
- Guru BM - Cikgu Amin Minhad
- Guru BM - Cikgu Azhar Salleh ( Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Azman
- Guru BM - Cikgu Jeffri
- Guru BM - Cikgu Liz
- Guru BM - Cikgu Maya
- Guru BM - Cikgu Minda Bahasa
- Guru BM - Cikgu Mohd Isa Abdul Razak
- Guru BM - Cikgu Mohd Khir Kassim
- Guru BM - Cikgu Musri Kadir
- Guru BM - Cikgu Zaki
- Guru BM - Dr. Ghazali Lateh
- Guru BM - Prof Abdullah
- Guru Fizik - Cikgu Denan
- Guru Matematik - Cikgu Rosmah
- Guru Sejarah - Cikgu Zamri Talib
- Blog BM - Cikgu Tan C L
- Blog Sejarah – Cikgu Adi'es
Koleksi Soalan UPSR
E-Learning
Kalendar Islam
Soalan Sains UPSR
Kata-Kata Hikmah
"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian". Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian‟ ~Osman Affan
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
0 komen:
Catat Ulasan