** SELAMAT DATANG KE IHSANINSAN BLOG **

DIARI PERISTIWA SEMASA

31 Mac - 03 April 2014 - Kursus Kajian Tindakan Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan di IAB Bandar Enstek, Nilai.

.......................................................................

08 - 10 April 2014 - Seminar Antarabangsa Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah di Menara Felda, KL. dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

.......................................................................

13 April 2014 - Taklimat New Deal di SK Parit Raja, B. Pahat jam 2.00 ptg.

.......................................................................

14 April 2014 - Taklimat dan serahan buku sarana ibu bapa di Dewan SK Seri Bukit Pasir, Muar jam: 2.00 ptg. oleh En. Azhari Husin (JPN) dan En. Mohd Fuad Sarmin (PPD)

........................................................................

15 April 2014 - Mesyuarat AJK KBSR Zon Tangkak(SK) di SK Sri Tangkak Jam: 3.30 ptg.

........................................................................

16 April 2014 - Dialog Prestasi KBSR Zon Tangkak Bil. 1/2014 di SK Ledang, Tangkak bersama Tuan PPD Muar jam 11.30 pagi hingga 2.00 ptg.

........................................................................



17-18 April 2014 - Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar KPM di SACC, Selangor oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

........................................................................



24 - 25 Jun 2011 -
Majlis Ihtifal & Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama(IPA) KPM Peringkat Negeri 2011 di SMKA Johor Bahru, Pasir Gudang. Pendaftaran: 14.30 petang.

........................................................................



27 Jun 2011 -
Bengkel Pemurnian Modul NKISM 2011. Bilik Mesyuarat SMK Tinggi Segamat jam: 02.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK Pekdis Zon Tengah dijemput hadir.

........................................................................



28 Jun 2011 -
Taklimat Perincian NKISM Peringkat Daerah. Bilik Mesyuarat Anjung Pandeta SMK Gemereh jam: 2.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK Pekdis Zon Tengah dijemput hadir.

........................................................................



30 Jun 2011 - Taklimat Kem Kemanisan Iman SMSR Negeri 2011. Men: di SMK Seri Kenangan dan Ren: di SK DT Jodoh jam:02.30 petang. Semua Penyelaras dan Pekdis Zon Utara dan Selatan dijemput hadir.

........................................................................



08-10 Julai 2011 - NKISM dan Khatam Al-Quran Daerah Segamat 2011. Kem Bentara Segamat. 130 peserta dan AJK terlibat. Perasmian penutup oleh Tuan PPD Segamat.

........................................................................



21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.

........................................................................



22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.

........................................................................



27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.

........................................................................



29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.

........................................................................



01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat

........................................................................



07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.

........................................................................

11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.

.......................................................................

12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.

.......................................................................

13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 ptg.

.......................................................................














































































PROGRAM DELIGASI KEMANUSIAAN CHAMPA-KEMBOJA 2012

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFireUnlimited Free Image and File Hosting at MediaFire
Penting... Makluman... Penting... Makluman... Penting... Makluman...

Program korban dan akikah untuk masyarakat Islam Champa-Kemboja anjuran Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah(PEKDIS) Daerah Segamat
RM250.00/ bahagian atau RM1750.00/ ekor


Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
1. Ustaz kamarudin Ibrahim(PPD Segamat): 0136977723
2. Ustaz Amran Abd Shukor(PPD Segamat): 0133682532
3. Ustaz Shahidi Safie(PPD Segamat): 0197234529
4. Tn. Hj. Lot Bujang(SMK Gemereh): 0137702435
5. Ustaz Mohd Harun Salim(SK Desa Temu Jodoh): 0137290127
6. Ustaz Suhaimi Haron(SMK Seri Kenangan): 0197278589

Koleksi Doa Prof Kamil


KOLEKSI DOA PROF KAMIL – TELAH MOHON KEIZINAN MELALUI BLOGNYA

Ya Allah, ampunilah dosa abah dan mak. Ya Allah, jauhilah abah dan mak daripada seksa kubur dan tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman, beramal soleh dan berikanlah syurga yang istimewa buat mereka, Syurga Firdaus, ya Allah, temukanlah mereka di syurgamu, Ya Allah. Berilah rahmat kepada mereka, Ya Allah.

Ya Allah, aku mohon keampunanmu. Ya Allah, aku mohon kerahmatanmu. Ya Allah,aku mohon taufik dan hidayahmu. Ya Allah, aku mohon kepadamu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, takbur, menyombong diri, apatah lagi bersikap angkuh. Aku tidak mahu membayangkan kesombongan, perasaan ego atau kehebatan diri. Aku takut keikhlasanku tergugat. Aku hanya manusia yang cukup kerdil di sisimu Ya Allah, insan miskin lagi fakir di hadapanmu. Aku mohon keampunanmu Ya Allah sekiranya kelihatan egoistik, riak, angkuh dan sombong. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan.

Ya Allah, aku difitnah. Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu. Aku sangat lemah, ya Allah. Permudahkanlah kehidupanku. Ampunilah aku, ya Allah. Berikanlah kekuatan dan tunjukkanlah kebenaran.

Ya Allah, terimalah rayuanku ini. Aku benar-benar ingin menghadapmu, di rumahmu. Aku ingin menunaikan fardu haji pada tahun hadapan. Terlampau banyak nikmat yang kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku bersyukur, ya Allah. Terimalah kami, ya Allah. Tiada lagi tempat yang dapat aku mengadu, ya Allah. Tiada lagi, ya Allah.

Ya Allah, kami mohon keampunanmu, ya Allah. Tahun ini kami ingin menunaikan fardu haji, ya Allah. Permudahkanlah kami. Lindungilah kami. Ya Allah, hanya padamu kami berserah bagi menjaga anak-anak kami. Jagalah keselamatan mereka, ya Allah. Berilah jalan dan permudahkanlah.

Ya Allah, aku memohon keampunanmu ya Allah, aku mohon keampunanmu, ya Allah, aku memohon keampunanmu, ya Allah. Ya Allah, aku bertaubat kepadamu daripada segala dosa yang aku lakukan.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamumu, tetamu yang istimewa, tetamu yang paling istimewa, tetamu yang mendapat perlindungan dan kerahmatanmu. Ya Allah hilangkanlah perasaan sombong, riak dan angkuh. Aku mahu jadi manusia yang istimewa di sisimu.

Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata keranamu, ya Allah. Jangan kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan kau uji kami dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan niat dan tujuan kami. Ampunilah kami, ya Allah.

Ya Allah, kami akan menunaikan fardu haji pada penghujung tahun ini. Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamumu, ya Allah, tetamu yang istimewa, ya Allah, tetamu yang paling istimewa, ya Allah. Ya Allah, aku pergi keranamu, ya Allah. Ampunilah diriku, ya Allah.
Bawalah bertenang, bersabarlah, tidak perlu berebut-rebut, tidak perlulah memotong-motong barisan dan bersusah hati takut ditinggalkan. Semua bas yang membawa kumpulan jemaah haji bergerak serentak, dalam satu barisan dan tiada seorangpun yang ditinggalkan. Malah, kedudukan di dalam kapal terbang juga ditetapkan mengikut sektor masing-masing.
Permudahkanlah kami, ya Allah, permudahkanlah kami, ya Allah.

Ya Allah, ampunilah kami, ya Allah, berikan rahmatmu. Ya Allah, kami ingin mengunjungi rumahmu. Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata keranamu, ya Allah. Semata-mata beribadat kepadamu, mudahkan kami, ya Allah. Berikanlah ruang dan tempat yang mustajab untuk kami beramal-ibadat kepadamu, ya Allah.

Ya Allah, kami sudah berada di pekarangan Masjidil Haram. Bantulah kami, ya Allah, berikanlah ruang dan tempat yang mustajab untuk kami. Kami datang semata-mata keranamu, ya Allah, keranamu, ya Allah.

Ya Allah, mudahkan kami, ya Allah, mudahkan kami, berilah ruang untuk kami, ya Allah. Subhanallah.

Allah hantar kita ke sini. Dia hendak kita tengok Masjidil Haram secara keseluruhan. Supaya kita nampak segala-galanya. Tengok di bawah, di sebelah Hijir Ismail, antara tangga dataran dengan Kaabah. Mengapa masih ada tempat kosong? Itu tempat kita, saya rasa itu tempat untuk kita.

Ya Allah, manusia memenuhi setiap ruang dewan sembahyang. Kami tahu di depan masih ada ruang. Kami tahu kami tidak akan kesusahan di depan sana. Kami tahu Allah menyimpan ruang paling mustajab untuk kami beramal ibadat. Lalu kami meminta izin, assalamualaikum, subhanallah, minta maaf.

Maha Suci Allah, maha suci Allah. Hanya Engkaulah tempat kami berlindung. Padamulah tempat kami berserah.

Ya Allah, aku mohon keampunanmu. Aku mohon rahmatmu. Terimalah sembahyangku ini. Ya Allah, jika ada sesiapa yang belum mendapat saf, mereka berada di dalam kesukaran, kau hantarlah kepadaku.

Ya Allah, aku mohon keampunanmu. Aku mohon rahmatmu. Terimalah sembahyangku ini. Ya Allah, inilah adalah sembahyang terakhir aku di sini pada musim haji ini. Ya Allah, kau hantarlah kepadaku sesiapa yang belum mendapat saf sebagai khidmat terakhirku di Masjidil Haram. Ya Allah, aku mohon keredaanmu, ya Allah.

Ya Allah, janjimu adalah benar. Ya Allah, janjimu adalah benar. Aku mohon keampunanmu, ya Allah.

Baca al-Fatihah sekali, dan selawat 11 kali dan berdoa
Ya Allah, ampunilah kami, berikanlah rahmatmu, berikanlah taufik dan hidayahmu. Ya Allah, jadikanlah air zamzam ini sebagai penawar kepada segala penyakit. Hilangkanlah batuk kami, hilangkanlah demam-demam kami, hilangkan lenguh-lenguh kami. Ya Allah, berikanlah kesegaran kepada mata kami, minda yang cergas dan hati yang sihat. Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata keranamu, ya Allah, semata-mata keranamu, ya Allah, kami mahu beramal ibadat kepadamu, ya Allah, bantulah kami, ya Allah.

Hari ini Allah mengajar saya sesuatu. Ketika pertama kali saya mencium Hajar Aswad, saya nyatakan kepada awak yang kita memerlukan stamina, kekuatan dan tenaga yang tinggi. Hari ini, ketika kaki saya longlai, letih, malah saya fikir saya cukup lemah, tiba-tiba saya tergerak hati untuk pergi mencium Hajar Aswad. Hati saya merintih, “Saya hendak cium Hajar Aswad. Tetapi aku letih, ya Allah’.
Kaki membawa saya pergi dan berjaya melakukannya dengan lebih cepat, lebih mudah dan lebih senang. Allah mengajar saya, dia yang berkuasa atas segala-galanya. Walaupun kita letih, lemah, tidak berupaya tetapi apabila Allah izinkan, kita dapat melakukannya. Roza, saya sudah bersedia membawa awak mencium Hajar Aswad. Sembahyang Taubat, sembahyang Hajat dan doa banyak-banyak.

Apabila Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghindarkannya kecuali dia. Dan apabila Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakinya, antara hamba-hambanya dan dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang engkau anugerahkan. Ampunilah dosa-dosa kami. Subhanallah, AllahuAkbar, Astaghfirullah

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan sepanjang kami berada di Mekah. Kami mohon keampunan, berikanlah keberkatanmu, kerahmatanmu dan taufik hidayahmu. Ya Allah, kami ingin melakukan ibadat umrah sunat dan permudahkan kami, jauhilah kami daripada mereka yang suka menipu, berikan ruang dan tempat yang paling mustajab di Masjidil Haram dan jangan engkau pesongkan hati kami. Kami datang ke mari semata-mata keranamu, ya Allah. Semata-mata untuk beramal ibadat kepadamu, ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

6 bulan sebelum berangkat
Ya Allah, aku mohon kepadamu, berilah rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta kami kepada Masjidil Haram supaya hati kami sentiasa berada di sana, supaya kami dapat beramal ibadat kepadamu. Ya Allah, aku dijemput olehmu, terimalah aku sebagai tetamumu yang istimewa, ya Allah, tetamu yang paling istimewa.

Ya Allah, aku berkunjung ke rumahmu nanti hanya semata-mata untuk beramal ibadat kepadamu. Jangan kau pesongkan hasrat kami ini. Jangan kau duga kami dengan dugaan yang tidak mampu kami hadapi. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada berbelanja yang sia-sia di Mekah dan Madinah. Tutuplah pintu hatiku, isteriku, adikku dan kakakku supaya kami tidak menghabiskan masa kami dengan berbelanja semata-mata sehingga melalaikan kami daripada melakukan amal ibadat kepadamu. Ya Allah, aku mohon kepadamu dengan sebenar-benar permohonan. Aku mohon keredaanmu.

Selagi ada jemaah yang sedang melakukan tawaf, selagi itulah anda mempunyai saf untuk bersembahyang sehampir mungkin dengan Kaabah. (Teori Saf Masjidil Haram)

Ibadat haji adalah tempoh masa bagi melakukan amal ibadat semaksimum mungkin. Biarlah kita sibuk menghadap Allah. Berjuanglah bagi menjadi yang terbaik. Berserahlah kepadanya semoga kita tidak menjadi manusia yang riak, takbur dan berbangga diri.

Berbisiklah pada diri sendiri dengan sesungguh hati dan perasaan, dan berdoalah kepada Allah.
Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah, ya Allah, ampunilah diriku, aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Allah, keranamu ya Allah, lindungilah diri kami sekeluarga, permudahkanlah kami, ampunilah kami.

Waktu wukuf – 12.30 tgh (8 Zulhijah) hingga 5.30 ptg (9 Zulhijah)
Mekah – Arafah : 40 min tetapi akan mengambil masa 5 jam. (21.9 km)


Wukuf di Arafah adalah kemuncak haji. Ia masa yang pendek. Mula masuk waktu Zuhur sampailah terbenam matahari. Di sana lebih kurang 5 jam sahaja. Keluar dari khemah. Cari tempat lapang ataupun berlindung di bawah pokok sekiranya panas. Berdoalah kepada Allah. Tuhan sudah janji, doa kita diangkat ke langit dan diberi pengampunan. Kita suci sebersih-bersihnya. Bawa buku doa. Baca semua sekali, doa untuk anak-anak dan doa untuk kerjaya. Palling penting, bertaubat. Makan awal. Masuk sahaja waktu Zuhur tidak perlulah bersembang-sembang ataupun baru hendak makan. Saat ini adalah saat beramal ibadat sepenuhnya.

Al-Fatihah, doa taubat. Ya Allah, kami mohon keampunanmu. Ya Allah sekiranya engkau panggil kami, sekiranya engkau jemput kami, tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang beramal soleh. Ya Allah, dengan rahmatmu, masukkanlah kami ke dalam syurgamu. Syurga yang istimewa. Syurga yang paling istimewa. Syurga Firdaus, ya Allah. Temukan kami di sana ya Allah - 2 jam
Balik ke khemah – baca al-Quran, berzikir menunggu terbenam matahari

Ya Allah, ampunilah daku, ya Allah ampunilah daku, ya Allah ampunilah daku. Ya Allah, ampunilah daku.

Arafah – Muzdalifah (9 malam) : 8 km melalui lebuh raya. 10 min. Tidak bermalam bayar dam. Pengalaman bermalam akan melalui ujian fizikal dan kerohanian yang paling besar. Mencabar minda, fizikal dan janji kepada Allah.

Saya tidak mahu kita termasuk dalam masyarakat yang suka berebut. Saya tidak kisah kita yang terakhir meninggalkan mana-mana tempat. Saya mahu yang terbaik di sisinya.

Setiap malam berdoa semasa di Malaysia
Ya Allah, aku mohon kepadamu. Ya Allah. Semasa aku di Tanah Suci, jadikanlah aku sebagai seorang yang sabar. Sabar dengan isteriku, sabar dengan adikku, sabar dengan kakakku, sabar dengan rakan sebilik, sabar dengan semua orang, ya Allah. Ya Allah, hilangkanlah panas baranku, berikanlah perasaan kasih sayang, cinta-mencintai sesama kami, ya Allah.

Muzdalifah – Mina (selepas tengah malam). Tertidur menunggu bas. Cuaca sejuk. Unggun api. 6 pagi sampai khemah Mina untuk melakukan ibadat melontar.
Sembahyang hajat, berdoa, memohon diberikan ilham agar dapat melontar dengan cara terbaik.

Mengikut jadual, sebelah malam 10 Zulhijah – selamat, tidak sesak
Waktu afdal 10 Zulhijah – waktu Dhuha
Sebelum subuh, sembahyang hajat, taubat

Ya Allah, kau ampunilah kami, berikanlah keberkatanmu, berikanlah taufik hidayahmu dan berikanlah rahmatmu. Ya Allah, kami mahu melakukan ibadat melontar pada pagi ini. Dikatakan pada waktu ini adalah waktu yang afdal tetapi keadaannya sesak dan keselamatan tidak terjamin. Ya Allah, kami ingin pergi juga pada waktu ini, kami datang ke sini semata-mata keranamu, ya Allah.
Namun kami takut, ya Allah. Bersamaku adalah isteriku, adik perempuanku dan kakakku. Mereka adalah kaum yang lemah. Aku tidak upaya menjaga keselamatan mereka, aku serah mereka kepadamu, ya Allah, kau peliharalah keselamatan kami. Hanya engkaulah tempat kami berserah. Berikanlah laluan dan lorongan. Tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada engkau. Tidak ada, ya Allah.ampunilah kami, ya Allah. Ampunilah kami, ya Allah.

Melangkah membaca subhanallah, talbiah dan ya Allah, permudahkan kami, berikan laluan, berikan laluan, ya Allah tanpa henti. 2.9 km berjalan.

Allah benar-benar menjadikan kita sebagai tetamu yang paling istimewa. Doa kita dimakbulkannya. Sejak kita sampai di Mekah hingga kehari ini, dia sentiasa bersama kita. Dia banyak bagi pengajaran kepada saya. Allah telah menunjukkan kebesarannya. Saya banyak dapat petunjuk. Selepas balik ke Malaysia, sekiranya saya masih lagi tidak takut, tidak gentar kepadanya, masih buat dajal, saya tidak tahulah saya ini jenis manusia apa, saya adalah sejahat-jahat manusia.

Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin menunaikanfardu haji, jemputlah daku, ya Allah. Berikanlah kecukupan wang ringgit. Berikanlah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk menghadapmu, ya Allah.

Ya Allah, ampunilah diriku. Ya Allah, kau berkatilah guru al-Quranku, supaya dia diberi keampunanmu. Murahkanlah rezekinya. Mudahkanlah hidupnya. Berilah ganjaran yang setimpal kepadanya atas bantuan yang dia berikan kepadaku. Ampunilah kami, ya Allah.

Memulakan hari seawal jam 1.30 pagi.
Tidur paling lewat 10.00 malam
Berehat 3 – 4 jam

Ya Allah, mudahkanlah hidupku. Ya Allah, aku ingin tidur, ya Allah, mudahkanlah, ya Allah. Aku mohon keampunan dan keredaanmu, ya Allah.

Tahniah kerana diizinkan olehnya. Kena faham betul-betul tatacara melakukan haji. Kemudian moga diberikan haji mabrur. Tanda haji mabrur, selepas pulang lebih dekat pada Allah dan tidak melakukan perkara yang dilarang, juga menjauhi perkara makruh dan perbanyak amalan sunat.

Ya Allah, aku ingin menunaikan fardu haji semata-mata keranamu, ya Allah. Berikanlah perasaan cintakan Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Aku ingin beramal ibadat di sana. Ya Allah, tutuplah pintu hatiku daripada shopping di sana. Tutuplah pintu hati isteriku, adikku dan kakakku. Kami pergi semata-mata untuk beramal ibadat di sana. Untukmu, ya Allah. Ya Allah, permudahkanlah kami. Jauhilah kami daripada malapetaka dan sebarang kesusahan.

Waktu yg paling diminati untuk membeli belah 9 pagi – 12.00 tgh.

Saya tidak mahu minda kita sentiasa memikirkan tentang isu membeli hadiah. Percayalah, mereka menyumbang kepada kita kerana ikhlas. Mereka mahu kita berbelanja di sini sebagai sumbangan yang memberikan mereka pulangan dalam bentuk yang lebih baik. Orang tidak mengata apabila kita tidak membeli sesuatu buat mereka. Sekiranya berlaku demikian, sia-sialah sumbangan ikhlas mereka. Kita beli sahaja kurma di Madinah selepas selesai segala-galanya.

Ya Allah, ampunilah diriku, ya Allah. Aku mohon rahmatmu, ya Allah. Aku mohon taufik dan hidayahmu. Ya Allah, cukup ramai sahabat handai dan sanak saudaraku yang memberi hadiah dan menyumbang kepada kami sekeluarga. Ya Allah, balaskan segala niat ikhlas mereka dengan keredaanmu. Ampunilah dosa-dosa mereka, bukalah pintu hati mereka bagi menunaikan fardu haji supaya mereka dapat merasai nikmat sebagaimana yang engkau berikan kepadaku. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka.

Ya Allah, ampunilah diriku, ya Allah. Aku mohon rahmatmu, ya Allah. Aku mohon taufik dan hidayahmu, ya Allah. Ya Allah, aku wakafkan naskah-naskah al-Quran ini, ya Allah bagi digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia adalah sebahagian daripada wang yang dsumbangkan oleh rakan-rakan dan sahabat-handai kami, ya Allah. Sekiranya ada manfaat atau keberkatan daripada penggunaan naskah-naskah ini, ya Allah, kau pulangkanlah kepada mereka, ya Allah. Ampunilah kami, ya Allah.

Hari terakhir bangun 2.30 pg – Gaza Street – pintu Babu Salam (pintu no 25) – berdoa kepada Nabi Ibrahim (pintu pagar luar) – berdoa diberi tempat paling mustajab dalam masjid, minum air zamzam supaya hilang segala batuk dan demam serta salam kepada Nabi Ibrahim di pintu Babu Salam.

Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah. Inilah tawaf sunatku yang terakhir untuk kali ini ya Allah. Aku bersyukur atas segala nikmat, pelajaran dan pengajaran yang kau anugerahkan kepada kami sekeluarga. Aku tahu kau maha berkuasa, maha bijaksana dan maha pengampun. Ya Allah, sekiranya ini tawaf sunatku yang terakhir dan sekiranya dijemput olehmu, kau ampunilah dosa-dosaku. Tempatkanlah aku di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, ketika aku mempunyai rasa gentar, rasa takut dan tunduk kepada kekuasaanmu, janganlah kau alih perasaan ini dengan rasa riak, takbur, angkuh dan sombong serta berbesar diri. Ya Allah, aku mahu menjadi manusia yang lebih baik di sisimu, ya Allah.

Sampai di Madinah 20 min sebelum Isyak. Tempat sembahyang wanita diasingkan di belakang. Hotel berdekatan dengan pintu Babu Salam dan Makam Rasulullah. Berhampian dengan perkuburan Baqi’
Kita masih sempat sembahyang Isyak di Masjid. Kalau kita tidak pergi, jumlah maksimum yang boleh kita solat berjemaah di sini hanya 40 waktu. Cukup-cukup 40 waktu. Sekiranya kita pergi sekarang, kita mungkin dapat 41 waktu. Kita ke bilik, tukar pakaian, ambil air sembahyang dan tidak perlu makan malam. Kita beli kebab.

Masuk melalui pintu 4. Sembahyang sunat menghormati masjid.
Assalamualaikum ya Rasulullah. Selawat. Ya Allah, ramai rakan-rakan dan mereka yang mencintaimu mengirim salam, mereka berkata, Assalamualaikum ya Rasulullah.

Antara azan dan waktu sembahyang 20 min. Sembahyang Isyak, sunat jenazah dan sunat selepas sembahyang Isyak, pergi ke pintu Babu Salam (6 saf, paling hampir dengan imam, saf yang paling hadapan)dan keluar melalui Babu Baqi. Sebelum Babu Baqi, terletak makan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar, Raudah (sembahyang hajat dan taubat dan berdoa).

Di Madinah, masjid dibuka 2.30 -3.00 pagi dan tutup 10.30 malam. Tidak boleh melangkah orang, tidak boleh melintas di hadapan orang sedang bersembahyang dan tidak boleh meninggikan suara.

Ya Allah, ampunilah diriku. Ya Allah, mengapa hatiku terasa kosong di sini. Kau berilah rasa kasih,rasa cinta kepada masjid ini supaya aku dapat merasakan nikmat beramal ibadat. Sesungguhnya engkaulah yang menciptakan kami dan padamulah tempat kami mengadu dan bergantung harap.

Hari terakhir di Madinah: Masih membaca dia sebelum memasuki lif
Ya Allah, aku mohon keampunan daripadamu, aku mohon rahmatmu, aku mohon taufik hidayahmu. Ya Allah, hari ini adalah hari terakhir aku di Masjid Nabi. Ya Allah, izinkanlah aku bersembahyang dan beramal ibadat di kawasan Raudah dengan masa yang lebih panjang berbanding pada hari-hari biasa, ya Allah. Ya Allah, aku mohon keizinanmu, ya Allah.

Assalamualaiku, ya Rasulullah, hari ini adalah hari terakhir aku berada di sini, ya Rasulullah. Tentu sekali, jika berpeluang aku akan datang lagi. Terima kasih, ya Rasulullah kerana engkau bersusah-payah berjuang menegakkan agama Allah ini sehingga aku dapat menikmati keindahan dan kenikmatan agama ini, ya Rasulullah.

Hajat marathon untuk setiap anak-anak.
Untuk rakan-rakan rapat. Ya Allah, aku mohon keampunan daripadamu. Aku mohon rahmatmu, aku mohon taufik hidayahmu. Ya Allah, ampunilah dosa rakan-rakanku, berilah perasaan takut dan gentar kepadamu, ya Allah, berikanlah rezeki yang halal kepada mereka dan sejahterakanlah kehidupan mereka.
Adik-beradik

Ya Allah, aku mohon keampunan daripadamu. Aku mohon rahmatmu, aku mohon taufik hidayahmu. Ya Allah, ampunilah dosa adik-adikku, bahagiakan keluarga mereka, jadikan anak-anak mereka sebagai anak yang soleh. Ya Allah, berikan keselamatan dunia dan akhirat kepada mereka sekeluarga. Ya Allah, berikan kepada kami perasaan saling kasih-mengasihi, ya Allah.

2 jam di Raudah

Subuh di Madinah sekitar 5.40 pg. Sembahyang subuh hanya bermula6.15 atau 6.20.

Ya Allah, izinkanlah aku bersembahyang subuh sebelum aku berlepas pulang. Jangan jadikan aku orang yang terakhir untuk menaiki bas. Berikanlah ruang masa yang secukupnya untuk aku bersembahyang.

Ya Allah, ampunilah diriku. Berikanlah keberkatanmu, berikan rahmatmu. Ya Allah, aku takut, ya Allah. Ketika engkau memberi rasa gentar kepadaku, jangan kau ambil kembali rasa nikmat ini. Jadikanlah aku manusia yang tunduk kepadamu. Berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan amalan-amalan yang aku laksanakan di Tanah Suci. Engkau maha berkuasa, ya Allah.

Ya Allah, sekiranya benar aku perlu bertanggungjawab pada surau ini, aku mohon dua perkara daripadamu. Kau berikanlah kekuatan kepadaku. Betulkanlah bacaanku dan mudahkanlah aku menghafal doa-doa dan wirid selepas sembahyang. Ampunilah aku, ya Allah. Moga-moga ada orang yang lebih baik datang menjaga suau ini.

Ya Allah, ampunilah kedua-dua orang ibu bapa kami. Ampunilah diri kami. Ampunilah dosa-dosa penduduk Kondo Kemuncak ini. Ya Allah jika kau menjemput kami, tempatkanlah kami di kalangan orang yang beramal soleh. Masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Alah. Syurga yang istimewa, ya Allah. Syurga Firdaus, ya Allah.

Di pejabat
Ya Allah, aku mohon kepadamu. Ampunilah diriku. Berikanlah kerahmatanmu, taufik hidayahmu, ya Allah. Ya Alah, permudahkanlah pekerjaanku. Jauhilah aku daripada mereka yang suka membuat fitnah. Berikanlah keselamatan dunia dan akhirat.




Jeddah – Mekah : 2 jam (11.25 pg)

20 jam dari rumah sehingga tiba di bilik hotel
Hotel Ekhwah (400 m dengan Masjidil Haram)
Sheraton Mekah (pakej) (60 – 80 m dengan Hotel Ekhwah)

Laluan ke Masjidil Haram : Laluan landai, tidak bertanah tinggi dan melalui pintu Babu
Salam. Laluan masuk terus menghadap Multazam, Pintu Kaabah dan Makam Nabi Ibrahim. Juga melalui laluan saie, antara Bukit
Safa dan Marwah.
8.00 malam ke Masjidil Haram. (Lepas Isyak)
Tetapi mereka berempat pergi terus ke Masjidil Haram

Hari 1 12.35 tgh (Zuhur) melalui jejambat Babu Salam. Tak nampak
Kaabah. Rupanya Kaabah berada sekitar 100 – 200m ke dalam masjid. Sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, tawaf menyebut subhanallah, subhanallah, subhanallah. Melalui Rujun Yamani
Ya Allah, berikan keselamatan dunia dan akhirat, jauhilah kami daripada api neraka, tempatkan kami di dalam syurgamu.
Sempat 4 pusingan shj. Sembahyang Zuhur. Sambung Tawaf. Solat Sunat Tawaf, minum air zamzam, berjalan ke arah Bukit Safa. Saie. Ya Allah, ampunilah diriku. Rahmatilah aku, berikanlah taufik dan hidayah, mudahkanlah perjalanan haji kami. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku bagi menghabiskan ibadat saie ini. Lengkap umrah wajib dan lepas daripada syarat-syarat berihram. Solat Asar. 4 jam berada di masjid. Balik ke hotel. Solat Maghrib di atas tangga. Solat Isyak. Pulang
Bangun 1.30 pg. 2.00 pg ke masjid
7 pg – Pulang bersarapan, tidur dan berehat.
10 pg – ke Masjid sembahyang Dhuha, membaca al-Quran dan fardhu Zuhur.
1.30 ptg – pulang ke hotel untuk tidur
2/3 ptg – ke masjid
Solat Asar 3.40 ptg
8 mlm – pulang ke hotel

Cabaran sebenar haji selepas tawaf wida’ dan kembali ke tanah air.
Hasrat 55 tahun, satu kesilapan dan dimesti pemikiran yang sempit. Keinginan ...
Tak pernah menziarahi / hantar orang
Live telecast haji dan wukuf ?
Fikir? Kejahilan. Amalan. Gaji lewat dll, melenting. Kejar nikmat dunia

H 9 ziarah wida’ (Ziarah perpisahan ke makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Umar sebelum ke Mekah (Umrah). Berazam sembahyang di Raudah. Tak mudah.
L : dapat masuk dan ziarah dalam masjid
P: ziarah di luar kompleks Masjid Nabawi berhadapan Kubah Hijau
Sedih. Lebih sembahyang sunat, ampun, mudahkan perjalanan ke Mekah dan dapat haji mabrur. Pohon syafaat. Berselawat
Sembahyang Jumaat
10.30 pg tiba di Masjidil Haram – sudah penuh
Dari tingkat atas nampak orang bertawaf. Tawaf ini setiap masa. Baca al-Quran.
11.15 pg, cuaca panas
12.20 tgh, berpeluh-peluh, tidak tahan lagi. Cadang turun ke bawah/tingkat 1
Pintu masuk sudah ditutup dan dikawal.
Dapat di eskalator, dihalau, nak hidup semula eskalator, mereka tidak puas hati
Naik balik, bawah panahan matahari 42C
Selesai sembahyang, cari ruang berteduh
2 jam tersadai dalam masjid
Demam dan sakit kepada, lebih 2 jam di bawah cahaya matahari
Ganggu persediaan wukuf, Jumaat berikutnya
Ya Allah, ampunilah dosaku dan berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan memperoleh haji mabrur ini.
Rupa-rupanya sembahyang atas bumbung, dataran luar, tepi hotel, tepi kedai, jalan-jalan raya
Pergi awal. Lokasi strategik, ruang utama berhadapan dataran Kaabah.

Dimaklumkan jemaah muasasah jarak hotel 300 – 500 m
Ada pejabat TH, klinik, kan best. Sujud Syukur sekiranya terletak di hotel penginapan. Bagus sekali.
Kaedah lain? Pejabat pengeluaran wang TH, buku simpanan/gelang pengenalan diri.
Awal pagi ambil no. Datang semula 2 atau 3 jam kemudian.
Standby kad kredit – Mekah Hilton, Inter Continental At-Tawhid.
Bilik selesa, teman sebilik baik.

Pelbagai ujian sebagai pengajaran
Hilang selera makan, alternatif lain difikirkan, bersabar
3 bulan sebelum ke Mekah
Makan vitamin C, multi-vitamin dan B-kompleks
Banyak minum air zam-zam, mineral dan jus mangga di Mekah.
Tawaf tiap-tiap hari ke? Sembahyang Dhuha

Tumpuan sepatutnya 100% haji mabrur
Wukuf seminggu lagi ihram mengajar untuk sabar. Macam mana dengan haji:
TABIAT BURUK:

Pentingkan diri, bercakap besar, perbalahan kecil menjemur pakaian, marah isteri depan orang lain
Potong barisan semasa membeli belah, bilik air
Meludah, tiba lewat ke masjid, merokok
Berebut naik bas, ambil makanan. Tak berebut hampir dengan Kaabah
Telefon dalam masjid
Jawab telefon dalam tawaf
Buruk sangka pada rakan sebilik
Tidak menerima teguran
Warga emas bersembang mengisi masa

Basuh baju
Pergi kedai membeli keperluan harian. Dalam kumpulan

Lepas Isyak ke Muzdalifah. Ikut no. Khemah. TH memanggil
Pukul 12 malam sebahagian belum naik bas, sejuk
Pegawai TH hilang, kecoh, hilang sabar, tolak menolak naik bas
Buat keputusan sendiri

2.30 pagi baru naik bas
Arafah – Muzdalifah – Mina : wajib mabit pada 11,12,13 Zulhijjah
Bas tak berhenti
Gagal bertemu khemah (sesat)
Gelisah kerana tidak dibenarkan turun untuk solat subuh
Subuh bersyarat dalam bas
6.30 pg : driver naik angin. Dia beri pilihan, turun atau ikut balik Mekah untuk tawaf dan saie (setengah mazhab ini amalan utama)
TH pesan jangan ke Mekah lepas wukuf kerana sesak
Kalau turun, tak tahu khemah di mana. Tiada peta
Bincang, resolusi diambil pulang ke Mekah, segerakan Tawaf dan Saie
Warga emas berehat di hotel
Banyak kemungkinan berlaku sepanjang perjalanan wukuf
Jadi bawa handphone, no. Tel TH di Mekah, Jedah.
Mina - pesisiran Masjidil Haram (9 pg) jalan ke hotel
11.00 pg Tawaf dan Saie
Rupa-rupanya hari Jumaat, berjaya di dataran Kaabah
Tak larat teruskan tawaf. Pergi seorang. Tenggelam dalam lautan manusia
Pengalaman di bawah matahari, ketahanan diri dan mampu Tawaf dan Saie
Azan Jumaat ketika Tawaf. Terus Tawaf hingga khutbah Jumaat
Berhenti pusingan 5 untuk solat Jumaat
Sambung tawaf. Tak solat sunat selepas tawaf, terlalu ramai. Hanya doa. Cari tong zamzam, saie (ramai). Keliru mana Safa dan Marwah
4.00 ptg, tamat Saie sebelum azan Asar
Marwah (menangis kerana mampu habiskan tawaf dan saie) waktu kemuncak
Rakan-rakan lain sedang tidur dan rehat di Mina

Mabit di Muzdalifah, wajib melontar ketiga-tiga jumrah
Selepas maghrib, ke Mina (seka,) biasanya 20 min
Cari khemah sekitar muaasim (kawasan bermalam). Bersiap untuk melontar (sesak di Jamrah)
Berjalan pergi balik 5 km. Pergi dengan bas pula (40 org@10 Riyal)
Sesak ke Jamrah. Laluan atas Jamrah tak ramai guna
Ambil laluan bawah. Terpinga-pinga hendak mula di tiang mana
Mana Jamratul Aqabah?
Minta tungguh di Jamrah Akhbar. Nak cari
Rupa-rupanya Jamratul Akhbar (Jumratul Aqabah)
2 lagi J.Ula dan J.Wusta
3 jamrah melambangkan
Firaun – angkuh, ego, zalim
Qarun – kumpul harta kaut kekayaan aniaya kikir
Bal’am – logo pemimpin yang munafik, melacurkan ilmunya bagi membenarkan kezaliman Firaun dan Qarun
Pelbagai gelagat ketika melontar
Melontar dengan ilmu dan penghayatan. Pastikan batu masuk. Buang sikap dalam diri
Di Mina, jemaah disusun ikut zon
H2 selepas subuh, cari batu di belakang khemah (bukit)
Bangunan VVIP pun ada. Di akhirat ??
Wajib mabit di Mina pada 11 – 13 Zulhijah.

H2 melontar lebih mencabar kerana untuk nafar awal. Nafar Thani?
Selesai Rukun Haji:
Bersiap-siap untuk pulang
Aktiviti beribadah sudah kurang
Sebalik aktiviti membeli-belah
Bersembang di bilik
Lewat ke masjid, jemaah kedai
Sebaliknya muhasabah diri bagaimana amalan selepas haji dapat dibuat
Sembahyang Dhuha
Tawaf sunat selepas subuh dan maghrib, isyak
Tadarus
Bangun awal pagi ke masjid – tahajud, taubat, tasbih, hajat dan witir
Tunggu azan dalam masjid
Bersedekah
Berbuat baik dengan manusia
Kalau nak tambahkan ilmu serta pengalaman, ziarah ke Hudaibiah, Bukit Thur, Gua Hira’
Hasrat mengucup Hajarul Aswad, ditanah air lagi. Bonus oleh Allah – berusaha keras bagi merealisasikannya

Tawaf sunat menjadi rutin harian selepas subuh, antara mangrib dan isyak
Berzikir, membaca al-Quran
Konsentrasi ibadah terjejas – gangguan peminta sedekah profesional
Pelawaan mengaminkan doa – upah doa
Meragui mereka, buat-buat tak layan
Terdapat anak-anak kecil meminta sedekah ketika nak ke Saie
Turun dari van lepas niat umrah di Tanaim
Perkhidmatan mencium Hajarul Aswad
Ramai yang terkena
Diuji dengan kehadiran ramai peminta sedekah
Jaga hati dan mulut – menyerupai doa
Lintasan hati
Kalau dapat hotel 50m, memang dekat – pakej swasta.RM15K
Berhati-hati dengan peniaga jalanan
Hari terakhir – tawaf wida’. Berdoa bersungguh-sungguh menghadap Multazam

0 komen:

Catat Ulasan

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire
Kamarudin Ibrahim

Koleksi Soalan UPSR

Soalan Sains UPSR

  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Johor) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011(N. Sembilan) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011(N. Sembilan) >>>JAWAPAN<<<
  • PRA PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Terengganu)
  • PRA PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011(Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Sarawak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Sarawak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Perak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011(Kedah) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Kedah) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Kelantan)
  • OTI 2 SAINS BAH A 2011 (Terengganu)
  • EXCEL 2 SAINS BAH A 2011 (Sabah)
  • EXCEL 2 SAINS BAH B 2011 (Sabah)
  • UPTP 2 SAINS UPSR 2011 (Penang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Melaka) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Melaka) >>>JAWAPAN<<<
  • SOALAN SELARAS PKSR1 SN BAH A TAHUN 6 2011 JPN Melaka - Sumbangan En Kamarul Bahrin
  • SOALAN SELARAS PKSR1 SN BAH B TAHUN 6 2011 JPN Melaka - Sumbangan En Kamarul Bahrin
  • PEP PERTENGAHAN T6 SC BAH A 2010 (Melaka) -Sumbangan En. Kamarul Bahrin
  • PEP PERTENGAHAN T6 SC BAH B 2010 (Melaka) -Sumbangan En. Kamarul Bahrin
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 (N. Sembilan) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (N. Sembilan) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 ( Sarawak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (Sarawak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Johor)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Kedah)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 1 2010 (Batu Pahat, Johor)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 2 2010 (Batu Pahat, Johor)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 1 2010 (Perak) >JAWAPAN<
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 2 2010 (Perak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Sabah)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH B (Sabah)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Selangor)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (P. Pinang)
  • PERCUBAAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH B (Pahang)
  • PERTENGAHAN TAHUN 2010 (Kelantan)
  • UPPM2 MEI 2010 (Johor)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Sarawak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Sarawak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains (Johor)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Perak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Perak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (N. Sembilan)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (N. Sembilan)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Pahang)
  • Percubaan USR 2009 Sains Bah A (Kedah)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains (Sabah)
  • Percubaan UPSR Sains 2009 Bah A (Melaka)
  • Percubaan UPSR Sains 2009 Bah B (Melaka)
  • Percubaan UPSR 2009 (Terengganu)
  • OTI 2 2009 (Terengganu)
  • Percubaan 2008 (Terengganu)
  • Tambah Nilai 2008 (Terengganu)
  • Percubaan 2008 (Pahang)
  • Percubaan 2008 -Bahagian A
  • Percubaan 2008- Bahagian B


  • Kata-Kata Hikmah

    "Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian". Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian‟ ~Osman Affan

    " Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"

    "Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"

    "Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

    Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib


    widgets

    Carian Post Hosting

    Hiperangkai Agensi

    Percambahan Minda Pelawat

    SEMAKAN on-line SMKA / KAA

    Universiti Sains Malaysia

    Universiti Sains Malaysia
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaysia Sarawak

    Universiti Malaysia Sarawak
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaysia Sabah

    Universiti Malaysia Sabah
    IPTA Malaysia

    Uni. Teknologi Mara (UiTM)

    Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Tek. Malaysia (UTM)

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Islam A.Bangsa (UIA)

    Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
    IPTA Malaysia

    Uni. Utara Malaysia (UUM)

    Universiti Utara Malaysia (UUM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Putra Malaysia (UPM)

    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Keb. Malaysia (UKM)

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaya (UM)

    Universiti Malaya (UM)
    IPTA Malaysia

    Portal Kerajaan Malaysia

    Portal Kerajaan Malaysia
    KERAJAAN MALAYSIA

    Web Mail KPM

    Web Mail KPM
    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    Dewan Bahasa dan Pustaka
    BADAN BERKANUN

    Adu Disiplin

    Adu Disiplin
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Sekolah Kluster

    Sekolah Kluster
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA