** SELAMAT DATANG KE IHSANINSAN BLOG **

DIARI PERISTIWA SEMASA

31 Mac - 03 April 2014 - Kursus Kajian Tindakan Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan di IAB Bandar Enstek, Nilai.

.......................................................................

08 - 10 April 2014 - Seminar Antarabangsa Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah di Menara Felda, KL. dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

.......................................................................

13 April 2014 - Taklimat New Deal di SK Parit Raja, B. Pahat jam 2.00 ptg.

.......................................................................

14 April 2014 - Taklimat dan serahan buku sarana ibu bapa di Dewan SK Seri Bukit Pasir, Muar jam: 2.00 ptg. oleh En. Azhari Husin (JPN) dan En. Mohd Fuad Sarmin (PPD)

........................................................................

15 April 2014 - Mesyuarat AJK KBSR Zon Tangkak(SK) di SK Sri Tangkak Jam: 3.30 ptg.

........................................................................

16 April 2014 - Dialog Prestasi KBSR Zon Tangkak Bil. 1/2014 di SK Ledang, Tangkak bersama Tuan PPD Muar jam 11.30 pagi hingga 2.00 ptg.

........................................................................



17-18 April 2014 - Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar KPM di SACC, Selangor oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

........................................................................



24 - 25 Jun 2011 -
Majlis Ihtifal & Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama(IPA) KPM Peringkat Negeri 2011 di SMKA Johor Bahru, Pasir Gudang. Pendaftaran: 14.30 petang.

........................................................................



27 Jun 2011 -
Bengkel Pemurnian Modul NKISM 2011. Bilik Mesyuarat SMK Tinggi Segamat jam: 02.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK Pekdis Zon Tengah dijemput hadir.

........................................................................



28 Jun 2011 -
Taklimat Perincian NKISM Peringkat Daerah. Bilik Mesyuarat Anjung Pandeta SMK Gemereh jam: 2.30 petang. Semua Penyelaras dan AJK Pekdis Zon Tengah dijemput hadir.

........................................................................



30 Jun 2011 - Taklimat Kem Kemanisan Iman SMSR Negeri 2011. Men: di SMK Seri Kenangan dan Ren: di SK DT Jodoh jam:02.30 petang. Semua Penyelaras dan Pekdis Zon Utara dan Selatan dijemput hadir.

........................................................................



08-10 Julai 2011 - NKISM dan Khatam Al-Quran Daerah Segamat 2011. Kem Bentara Segamat. 130 peserta dan AJK terlibat. Perasmian penutup oleh Tuan PPD Segamat.

........................................................................



21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.

........................................................................



22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.

........................................................................



27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.

........................................................................



29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.

........................................................................



01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat

........................................................................



07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.

........................................................................

11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.

.......................................................................

12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.

.......................................................................

13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 ptg.

.......................................................................














































































PROGRAM DELIGASI KEMANUSIAAN CHAMPA-KEMBOJA 2012

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFireUnlimited Free Image and File Hosting at MediaFire
Penting... Makluman... Penting... Makluman... Penting... Makluman...

Program korban dan akikah untuk masyarakat Islam Champa-Kemboja anjuran Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah(PEKDIS) Daerah Segamat
RM250.00/ bahagian atau RM1750.00/ ekor


Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
1. Ustaz kamarudin Ibrahim(PPD Segamat): 0136977723
2. Ustaz Amran Abd Shukor(PPD Segamat): 0133682532
3. Ustaz Shahidi Safie(PPD Segamat): 0197234529
4. Tn. Hj. Lot Bujang(SMK Gemereh): 0137702435
5. Ustaz Mohd Harun Salim(SK Desa Temu Jodoh): 0137290127
6. Ustaz Suhaimi Haron(SMK Seri Kenangan): 0197278589

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

Guru Berkesan Dalam Merealisasikan
Pendidikan Cemerlang
 
"If they aren't learning...then you aren't teaching."
~ Anon

Pendahuluan

Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.

Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti.

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).

Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.


Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

*Bersikap profesional.
*Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
*Kaya ilmu.
*Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
*Bermoral teguh.
*Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
*Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
*Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
*Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
*Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
*Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
*Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
*Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
*Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,     berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
*Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
*Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
*Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

*Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
*Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
*Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri Mengubah Sikap

Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."

Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:

*Jadilah Proaktif (Be Proactive)
*Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
*Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:

*Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
*Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood)
*Sinergi (Synergize)
*Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)

Memenangi Peribadi

Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis.

Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.

Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.

Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.


Pendidikan Cemerlang

Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.

Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).

Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;

"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya, seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak, segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."

Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;

1.Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
2.Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
3.Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
4.Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.

Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:

*Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
*Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
*Sikap tidak cakna;
*Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
*Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
*Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
*Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
*Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
*Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan

Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.

Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.

Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time."

Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act).

Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.

Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.

Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.

Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.


Penutup

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."ٱ


Rujukan

Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York.
Fox, John (1998) Back to the Future - Management of Change. Anne Fox & Associates, Australia.
Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
____________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA.

0 komen:

Catat Ulasan

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire
Kamarudin Ibrahim

Koleksi Soalan UPSR

Soalan Sains UPSR

  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Johor) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011(N. Sembilan) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011(N. Sembilan) >>>JAWAPAN<<<
  • PRA PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Terengganu)
  • PRA PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011(Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Sarawak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Sarawak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Perak) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011(Kedah) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Kedah) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A & B 2011(Kelantan)
  • OTI 2 SAINS BAH A 2011 (Terengganu)
  • EXCEL 2 SAINS BAH A 2011 (Sabah)
  • EXCEL 2 SAINS BAH B 2011 (Sabah)
  • UPTP 2 SAINS UPSR 2011 (Penang)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2011 (Melaka) >>>JAWAPAN<<<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2011 (Melaka) >>>JAWAPAN<<<
  • SOALAN SELARAS PKSR1 SN BAH A TAHUN 6 2011 JPN Melaka - Sumbangan En Kamarul Bahrin
  • SOALAN SELARAS PKSR1 SN BAH B TAHUN 6 2011 JPN Melaka - Sumbangan En Kamarul Bahrin
  • PEP PERTENGAHAN T6 SC BAH A 2010 (Melaka) -Sumbangan En. Kamarul Bahrin
  • PEP PERTENGAHAN T6 SC BAH B 2010 (Melaka) -Sumbangan En. Kamarul Bahrin
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 (N. Sembilan) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (N. Sembilan) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (Perak)
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH A 2010 ( Sarawak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR SAINS BAH B 2010 (Sarawak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Johor)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Kedah)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 1 2010 (Batu Pahat, Johor)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 2 2010 (Batu Pahat, Johor)
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 1 2010 (Perak) >JAWAPAN<
  • GERAK GEMPUR UPSR SAINS SET 2 2010 (Perak) >JAWAPAN<
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Sabah)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH B (Sabah)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Terengganu)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (Selangor)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS (P. Pinang)
  • PERCUBAAAN UPSR 2010 SAINS BAH A (Pahang)
  • PERCUBAAN UPSR 2010 SAINS BAH B (Pahang)
  • PERTENGAHAN TAHUN 2010 (Kelantan)
  • UPPM2 MEI 2010 (Johor)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Sarawak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Sarawak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains (Johor)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Perak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Perak)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (N. Sembilan)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (N. Sembilan)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Pahang)
  • Percubaan USR 2009 Sains Bah A (Kedah)
  • Percubaan UPSR 2009 Sains (Sabah)
  • Percubaan UPSR Sains 2009 Bah A (Melaka)
  • Percubaan UPSR Sains 2009 Bah B (Melaka)
  • Percubaan UPSR 2009 (Terengganu)
  • OTI 2 2009 (Terengganu)
  • Percubaan 2008 (Terengganu)
  • Tambah Nilai 2008 (Terengganu)
  • Percubaan 2008 (Pahang)
  • Percubaan 2008 -Bahagian A
  • Percubaan 2008- Bahagian B


  • Kata-Kata Hikmah

    "Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian". Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian‟ ~Osman Affan

    " Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"

    "Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"

    "Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

    Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib


    widgets

    Carian Post Hosting

    Hiperangkai Agensi

    Percambahan Minda Pelawat

    SEMAKAN on-line SMKA / KAA

    Universiti Sains Malaysia

    Universiti Sains Malaysia
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaysia Sarawak

    Universiti Malaysia Sarawak
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaysia Sabah

    Universiti Malaysia Sabah
    IPTA Malaysia

    Uni. Teknologi Mara (UiTM)

    Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Tek. Malaysia (UTM)

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Islam A.Bangsa (UIA)

    Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
    IPTA Malaysia

    Uni. Utara Malaysia (UUM)

    Universiti Utara Malaysia (UUM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Putra Malaysia (UPM)

    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    IPTA Malaysia

    Uni. Keb. Malaysia (UKM)

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    IPTA Malaysia

    Universiti Malaya (UM)

    Universiti Malaya (UM)
    IPTA Malaysia

    Portal Kerajaan Malaysia

    Portal Kerajaan Malaysia
    KERAJAAN MALAYSIA

    Web Mail KPM

    Web Mail KPM
    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    Dewan Bahasa dan Pustaka
    BADAN BERKANUN

    Adu Disiplin

    Adu Disiplin
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Sekolah Kluster

    Sekolah Kluster
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA