DIARI PERISTIWA SEMASA
PROGRAM DELIGASI KEMANUSIAAN CHAMPA-KEMBOJA 2012
RM250.00/ bahagian atau RM1750.00/ ekor
Sesiapa yang berminat, sila hubungi:
1. Ustaz kamarudin Ibrahim(PPD Segamat): 0136977723
2. Ustaz Amran Abd Shukor(PPD Segamat): 0133682532
3. Ustaz Shahidi Safie(PPD Segamat): 0197234529
4. Tn. Hj. Lot Bujang(SMK Gemereh): 0137702435
5. Ustaz Mohd Harun Salim(SK Desa Temu Jodoh): 0137290127
6. Ustaz Suhaimi Haron(SMK Seri Kenangan): 0197278589
Pengumuman Ketahuan
31 DIS - MUAR
Bermula 16/12/2012 Ustaz Kamarudin Bin Ibrahim, Guru Besar SK Sagil Kampong, Ledang telah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar sebagai Penyelia Kanan Pembangunan. Sekian terima kasih.
Solat Berjemaah
18 OKTOBER - SK Sagil Kampong
Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.
Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat Istisqak, solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
Berniat mengikut/menjadi imam.
Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
Antara syarat untuk menjadi imam:
Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
Imam itu sudah mumaiyiz.
Satu lagi elemen dalam Islam yang nyata bermanfaat dalam merencana hubungan ukhuwah adalah menerusi solat berjemaah.
Malangnya, masjid kini hanya dipenuhi pada hari Jumaat, solat hari raya atau pada malam sepanjang Ramadan untuk bertarawih.
Waktu lain, masjid sepi dan hanya dimakmurkan segelintir masyarakat warga emas saja.
Justeru, kita perlu kembali menyemarakkan masjid dan surau dengan solat berjemaah kerana ia bukan semata-mata perintah Allah, tetapi berupaya mengukuhkan ikatan perpaduan.
Daripada Abu Mas’ud al Ansari, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah merapatkan bahu-bahu kami ketika (hendak dirikan) solat sambil berkata, “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu. Hendaklah saf paling dekat dengan aku terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya daripada kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikuti saf seterusnya orang yang baligh, tetapi belum matang pemikirannya atau orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya kanak-kanak yang mumaiyiz dan yang sepertinya.”
Oleh itu, sebelum melaksanakan solat kita perlu memastikan saf diluruskan terlebih dulu. Umat Islam perlu sentiasa bersatu padu dan solat berjemaah itu adalah amalan yang mampu menyatukan mereka.
Sejarah sirah Rasulullah membuktikan umat Islam ketika itu memaksimumkan penggunaan masjid hingga mampu menjana ukhuwah yang kukuh.
Apabila berhijrah ke Madinah, mereka mendirikan solat berjemaah dan berterusan memeliharanya. Komitmen tinggi yang dipamerkan Rasulullah dan sahabat, maka terhasillah komuniti ummah dinamik
3 Yang Menghancurkan Manusia
Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali R.A, di dalam
himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah
ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat
Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan
kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh
kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga.
Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil
telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al
nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri
dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali
radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu
anhum di syurgaNya.
Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal
maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali
tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.
Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud
kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu
iblis dilaknat Allah.
Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada
mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga
itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga
menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum
dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.
Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan
oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana
sifat dengki yang meluat – luat sehingga membutakannya daripada mendengar
nasihat yang benar daripada saudaranya itu.
Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk
inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada
itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian
manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh
mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.
Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri
dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan
rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah
akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu
hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.
Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir,
antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di
hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan,
tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima
teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.
Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan
diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk –
nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya,
penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.
Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan
kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;
Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya
melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa
banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas
yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk
memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh
Allah untuknya.
Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang
dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan
Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di
dalam al Quran agar dijauhi.
Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: ” Berhati – hatilah kamu
daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang
sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia
menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada
kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.” ( Riwayat Abi Daud. Albani
mensahihkannya.)
Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak
kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;
Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup
bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang
yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah
kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.
Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti
ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan.
Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya,
tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.
Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan
mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya
terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah
penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh
nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah
al ‘alaq; 5 )
Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian,
ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu
buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan –
kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.
Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan
manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.
Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak
dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan
sifat – sifat ugama yang mulia.
ANUGERAH GURU INOVATIF
'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'
Anugerah Guru Inovatif yang diperkenalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Segamat pada majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru
atau kumpulan yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah
terbukti berjaya meningkatkan profesionalisme perguruan dan menjamin
keberkesanan perlaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
OBJEKTIF PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF
Mengenalpasti guru atau
kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif serta inovatif dalam perlaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
Memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenalpasti sebagai inovatif.
Menyediakan saluran bagi
guru atau kumpulan guru menampilkan kreativiti dan inovasi.
Menggalakkan guru berusaha
mencari dan mencuba idea-idea baru dalam usaha untuk mencapai
kecemerlangan
dalam profesion perguruan.
Menyebarkan maklumat
berkaitan kreativiti dan inovasi sebagai contoh dan teladan kepada guru-guru
lain
dan juga sebagai pengetahuan umum.
Diharapkan dengan anugerah yang bakal diterima oleh guru nanti dijadikan sebagai pemangkin
melonjakkan transformasi pendidikan khasnya di daerah Segamat.
Renungan
Rasulullah
s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua
malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.
Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri
akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus
aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".
Pesan Roh
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata:
"Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat
diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai
kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung arahanku".
"Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat
daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari kubur dan duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu
menjawab:
"Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur pada mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
"Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain lalu masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi:
"Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat >terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya".
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat
maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T., maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal
malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.
telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi
dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
Illiyyina.
4. Roh para syuhada
berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam
dalam bulan Ramadhan
dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang
berpuasa di hari Arafah.
KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU MENEMUI AJALNYA
Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Mengingatkan kita tentang kematian.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah s.a.w., Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w. menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril
yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya
Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w.
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "
Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan
telinganya.
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad
wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah s.w.t. kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.
SATU MUHASABAH
UPI 16 APRIL -
Kenapa Yahudi Bijak?
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh: Adibah Mohd Noor Matriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) ke-38
PPD SEGAMAT 15 JAN -
Tuan/puan yang dihormati sekalian, MTQSS ke 38 pada tahun ini akan diadakan lagi seperti pada tahun-tahun yang lepas. Acara di Peringkat Kebangsaan kali ini akan dikelolakan pula oleh JPN Pahang Darul Makmur dalam bulan Mei, Manakala Peringkat Negeri akan dikelolakan Daerah Segamat pada Bulan April , Insya'Allah.
Oleh itu diharap tuan puan dapat muatturun Bahan-bahan pertandingan iaitu Ayat Tilawah, Surah Hafazan, Tajuk Syarahan dan Bercerita telah diedarkan dan boleh juga dicapai melalui lampiran dalam web site ini untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Bahan-bahan tersebut boleh di muaturun di >> Media >>Muaturun Dokumen >> MTQSS atau boleh terus klik disini bpi.edu.my [Bahan-bahan MTQSS 38/2012].
Semoga pelaksanaan MTQSS KE 38 kali ini akan lebih meriah dan berjaya.
Sekian dimaklumkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Ruangan Muat turun
- Panduan Lengkap Haji & Umrah
- Panduan Buat Blog Sendiri
- Kamus Maurid
- Mu'jam Al-Wasith
- KKamus Al-Munajjad
- Mu'jam Al-Quran
- Buku belajar Bahasa Arab
- PANDUAN & Tutorial Photoshop
- Panduan bina blog dengan Blogger.com
- Panduan membina blog
- Doa para nabi
- Dosa besar mencela sahabat
- Mandi hadas
- Hadith 40
- Jual Beli yang dilarang
- PLUGIN Al-Quran for Microsoft word
- Sejarah Rasulullah SAW
- Sejarah Abu Bakar Assidiq
- Sejarah Umar Alkhattab
- Sejarah Uthman Affan
- Al-Ma'thurat
- Kimia Kebahagiaan - Imam Ghazali
- 40 Hadith akhir zaman
- Stories Of The Prophets
- Meraih husnul khatimah
- La Tahzan
- Menjadi wanita paling bahagia
- 100 Pesan Nabi untuk wanita solehah
- Jihad Seorang Wanita
- Pendidikan Anak Dalam Islam
- Tafsir Mimpi
- Buku panduan Tayammum, Wudhuk & Solat Ketika Sakit
- Buku La Tahzan
- Kisah-kisah tentang Kaabah
- Terjemahan Matan Al-Ajrumiyah
- Belajar Qawaid Bahasa Arab
- Tutorial Bahasa Arab
- Novel Ayat-ayat Cinta
- Belajar Bahasa Arab Portable
- Risalah Ramadhan
- Koleksi Flash Islam
- QURAN TAFSEER
- Bahasa Arab Harian
- USB Disk Eject
- Hukum Tajwid
- Hadith Web 3.0
Blog Akademik
· Kamus Inggeris - Melayu
- Kamus Istilah
- Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
- Kamus Komputer
- Kamus Pelajar
- Laman Sastera Dan Budaya Warisan
- Panduan Bahasa
- Peribahasa Sekolah Menengah
- Tesaurus Umum Bahasa Melayu
- Guru BI - Cikgu Caleb Ho
- Guru BM - Cikgu A Ghalib Yunus (Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Abdul Razak Hassan
- Guru BM - Cikgu Amin Minhad
- Guru BM - Cikgu Azhar Salleh ( Munsyi Dewan)
- Guru BM - Cikgu Azman
- Guru BM - Cikgu Jeffri
- Guru BM - Cikgu Liz
- Guru BM - Cikgu Maya
- Guru BM - Cikgu Minda Bahasa
- Guru BM - Cikgu Mohd Isa Abdul Razak
- Guru BM - Cikgu Mohd Khir Kassim
- Guru BM - Cikgu Musri Kadir
- Guru BM - Cikgu Zaki
- Guru BM - Dr. Ghazali Lateh
- Guru BM - Prof Abdullah
- Guru Fizik - Cikgu Denan
- Guru Matematik - Cikgu Rosmah
- Guru Sejarah - Cikgu Zamri Talib
- Blog BM - Cikgu Tan C L
- Blog Sejarah – Cikgu Adi'es
Koleksi Soalan UPSR
E-Learning
Kalendar Islam
Soalan Sains UPSR
Kata-Kata Hikmah
"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian". Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian‟ ~Osman Affan
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
" Sahabat yang baik bukan membenarkan kata-kata temannya tapi berkata benar untuk temannya"
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Ali bin Abi Talib
